June 24, 2009

Kahwin Kahwin Kahwin

Sumber: Di Sini

Topik hari ini berkisar perkataan di atas. Kenapa nak bercerita tentang kahwin? Adakah Cik Kay hendak berkahwin? Atau adakah Cik Kay menerima begitu banyak jemputan perkahwinan walaupun cuti sekolah telah berlalu? Erm semua itu bukan menjadi persoalannya. Perkataan ini sering berlegar di kepala sejak 2 minggu yang lalu. Kahwin kahwin kahwin. Sampai ke tanah ini, kahwin juga kata-kata yang terpacul di bibir orang. Berjumpa dengan orang yang dah lama tak jumpa, perkataan kahwin juga tetap menjadi bahan bicara. Itu belum lagi kalau dicampurkan dengan keadaan yang mana ramai kaum-kaum ibu yang galak berbicara tentang alam perkahwinan.

Ok, Cik Kay bukan orang yang anti perkahwinan. Bagi Cik Kay, majlis perkahwinan itu sungguh indah di mana suasana kemeriahan bersama sanak saudara menjadi satu majlis pengikat kemesraan antara satu sama lain. Dah sudah tentu majlis ini bertambah dengan pasangan pengantin yang menyatu kasih ke arah yang lebih diredhai. Cik Kay sungguh sukakan keasyikkan melayan mata melihat segala macam gubahan dan juga busana serta tata rias yang dikenakan oleh pengantin. Semua itu Cik Kay sungguh suka.

Sebenarnya apa yang Cik Kay hendak sampaikan di sini adalah buat masa ini, perkataan ini tiada dalam kamusku lagi. Perkahwinan adalah satu tugas besar bagi seorang lelaki untuk memikul tanggungjawab dari pelbagai segi. Ya, sungguh bahagia bila kasih sudah bersatu bersama pasangan kita. Itu rezeki bagi yang sudah bertemu jodohnya. Bagaimana dengan nasib mereka yang tidak jumpa separuh hatinya di mana-mana. Mungkin separuh hatinya berada di Angola, atau mungkin separuh hatinya berada di Mongolia dan mugkin juga hati yang dicarinya berada di Alaska. Ramai orang menasihatkan orang yang masih keseorangan untuk mencari separuh hati itu kenalah disertai dengan usaha. Bukan duduk bergoyang kaki dan menunggu jodoh di sudut-sudut persimpangan jalan.

Bagi yang tidak berjumpa teman sejiwanya, sungguh kasihan kan! Tapi bagi Cik Kay, salahkah kita jika memilih untuk terus hidup keseorangan. Cik Kay tahu orang akan membuat pelbagai spekulasi yang kurang enak. Kalau hendak disenaraikan segala spekulasi yang mungkin terjadi sungguh banyak. Namun begitu mengapa kita tidak dapat membuat andaian yang lebih positif serta mendoakan kawan-kawan kita yang masih keseorangan itu bertemu jodohnya. Ini tidak, selalu cacian yang terungkap di bibir-bibir indah diselaputi warna indah pemerah bibir.

Cik Kay pernah mengungkapkan kata hati Cik Kay yang tidak mahu berkahwin. Ketika itu Cik Kay masih belum dapat membayangkan perkara itu bakal berlaku dalam hidup ini. Kata orang tua ku, ”Jimat 10 ribu aku!”. Erm betul juga katanya. Agak-agak kalau Cik Kay buat pinjaman sebanyak itu untuk buat perniagaan boleh ke? Hehehe. SUDAH! Hentikan angan-angan itu. Ketika ini, situasinya masih sama. Cik Kay masih kelam bila mencari perkataan ini di dalam kamus kehidupan. Kehidupan yang dijalani ini masih tunggang langgang rasanya. Banyak keperluan lain harus diutamakan. Masih ada cita-cita yang tersemat dalam hati untuk dikecapi.

Jadi apa yang hendak Cik Kay sampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan, sudah-sudah la hajat-hajat anda yang beria nak kenen-kenenkan Cik Kay dengan segala kaum yang ada di tanah ini. Kadang-kala kata-kata itu satu doa. Jadi Cik Kay berdoa pada Ilahi semoga kata-kata itu tidak menjadi kenyataan. Sebabnya kalau nak cari, Cik Kay mencari seorang insan yang boleh menerima Cik Kay seadanya. Perkahwinan adalah satu kehidupan untuk sepanjang hayat. Tak mahu lah baru kahwin, tau tau dah masuk Kes Syariah kat TV. Kebahagian itu hak setiap insan. Jadi kalau hidup keseorangan pon masih berhak untuk bahagia bukan? =)

p/s: Buat masa ni boleh la kata tak nak kan. Kalau tetiba dapat kad undangan tu datang la memeriahkan majlis. Mana la tahu kot-kot esok pagi pegi pejabat tetiba jatuh hati dengan Angie ke, Akak Cantik ke, Cik El yang macam Tuan Zet gila-gilakan ke. Hidup...tiada siapa tahu apa yang bakal terjadi...... Tetiba terberangan nak jadi macam Carrie Bradshaw yang ala ala single gituh. hahahaha

3 comments:

Muslimah Perth said...

Cik Kay, correction, Carrie Bradshaw akhirnya pun berkahwin dgn mr big :). mana single?

My along, slalu ckp dia tak nak kawin, nk jaga mak ;p. tak pernah ada gf sepjg 29thn hidup. skali masa masuk keje baru, berkenan kat satu awek ni, and awek ni pun amat suka kat dia, and lepas bulan puasa mak bg green light utk dia bercouple. raya dah couple, jan tunang, sekarang dah kawin. this might happen to u, who knows kan?

Only Allah knows what's best for us

Che Kay said...

Ye, Hanya Dia maha mengetahui....

Cik Sheri, pasal Carrie Bradshaw tu, saya suka ketika dia single mingle. sungguh suka cerita itu.saya tengok jugak movie itu. Tumpang bahagia sebab Carrie sudah bertemu orang yang tersayang (walaupon saya tak suka Mr Big). hehehe.

Zunaidi Dali Great Eastern said...

tu la..moga kita semue dpt jumpa pasangan hidup masing2.. pasangan yg ideal gitu.. :) aminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...