October 27, 2011

Bila Y.B & DJ Jadi Ikan!

Macam biasa, tabiat membaca berita-berita yang basi menjadi satu tabiat. Pagi ni ketika sedang selak-selak Daily Express semalam, Che Kay terpaku seketika bila bukak bahagian Bahasa Malaysia. Persoalannya "Sejak bila Y.B Datuk Hajah Azizah Mohd Dun dengan DJ tu jadi ikan?"

Tajuk berita untuk gambar atas: Lori ikan terbalik selepas tayar meletup.
Che Kay tergelak kejap!

Kaedahnya dalam satu muka surat yang sama, gambar yang sama jugak digunakan untuk berita yang betul. Aiyooo ini betul-betul satu lawak. Kesian Y.B dengan DJ tu. Tak pasal-pasal jadi ikan-ikan yang bertaburan~~~

Ni dia gambar yang betul untuk kisah lori ikan.

p/s: Agak-agaknya kalau Y.B & DJ tu jadi ikan,
ikan apakah yang sesuai untuk diorang? Erm...

3 comments:

suez said...

hehe byk error camni kat paper sekrg ni kan? editor kene jaga lebih kot. tapi mmg susah pun keje kat press. deadline tak hengat punye. tapi ada satu lagi cerita macam yg ko jumpe ni gak, refer kat sini: http://blogserius.blogspot.com/2011/10/serius-fail-utusan-lapor-rosmah-mansur.html

What's luv gotta do ? said...

hehehe... ni memang serious lawak hehehe

Che Kay said...

suez: tu la. mungkin editor 'terlepas pandang' perkara ni. btw yg blogserius tu aku ada baca gak. maklumlah pembaca tegar! haha lawak jugak yg tu. tapi tak sure la pulak kalau yang print punya pon tersilap ke tidak. sebab bila aku tgk balek link berita tu dah diubah. hehe.

Luv: kesian kan! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...