March 2, 2009

Flora Damansara Tak Ada Air!!??

Erm dah kecoh kat sini pasal air tak da. Hari tu tengok notis kata ada gangguan air pada 28 Febuari. Ingatkan sebab Syabas nak buat penyelenggaraan tangki air ke, korek-korek tanah lagi ke. Semalam siap ada pengumuman dari surau suruh semua penduduk kumpul untuk menyatakan tak puas hati tentang air kena potong. Erm ape lagi, aku ni jadi blur-blur kejap.Air memang tak de ke? Kenapa aku blur? Rumah yang aku tumpang duduk ni ada pulak air.

Semalam tengok la berita tv9, wah siap masuk berita pasal air dekat Flora Damansara kena potong. Hati ni debar-debar jugak takut air tak de. ape lagi? Aku terus pi tadah air dalam bekas biru yang besar. Hari ini bila bukak pili, erm air masih ada lagi. Aku pon teruskan aktiviti seperti biasa. Jangan ingat aku busuk ye! Aku mandi hari ni 2 kali lagi. Bila petang, kebetulan nak jengok tingkap. Wah! ramainya orang dengan baldi.Masing-masing beratur dekat lori air. Uish runsing-runsing. Tapi pili masih keluar air. Air tangki kot. Tadi masa turun bawah pergi kedai, aku pon baca notis dekat lif.

"Water Cut By Syabas at Flora Damansara"

bla bla bla bla bla bla bla

bla bla bla bla bla bla bla

tup tup

Total Outstanding = RM 3,146,013.02

Mak aii! banyaknyer! Erm apa yang terlintas dalam fikiran, duduk flat seksyen 7 Shah Alam lagi best. Siapa tak bayar, PKNS kunci terus meter rumah orang tu. Tak da la nak menyusahkan orang lain. Macam-macam hal! Siapa yang harus dipersalahkan? SYABAS ke pihak pengurusan ke orang yang tak bayar duit?

Malam ni ada lagi sambungan berita semalam kat tv9. Kesimpulannya, tunggu lah esok apa yang akan terjadi. :I

~KayKay~

3 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

yer ker rmh u adea ir...tah tah u pon x mandi gak..hahahahaha!!! :P

Che Kay said...

ish ish ish tak baik tuduh macam tu. semalam mandi sebab ada air. cuma hari ni je belum. hari ni baru betul2 tak da air. :p huhu kambeng la aku hari.

suya said...

huhu so tak mandi la ko rini ye...hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...