May 3, 2009

OHBULAN! (Bukan lagu YUNA, tapi Blog Glamour tu la)

Hari ni Konah nak bercerita tentang keterujaan Konah. Bukan teruja pada alat solek, atau pon baju gaun yang cantek-cantek dan juga bukan teruja melihat cerita romantik di kaca televisyen. Konah teruja bila terjumpa sesuatu yang mungkin akan menjawab segala persoalan Konah yang pernah dilontarkan. Erm nak kata semua, mungkin tidak la kan, tetapi boleh dikatakan ramai yang sukakan blog-blog hiburan yang sungguh mengujakan. Mula-mula Konah suka baca blog Mr Manager (sejak di RuangSaya lagi sebab banyak cerita Ning Baizura), kemudian Konah mengenali Klubbkidd , sultanmuzaffar , Aku Bimbo dan tidak dilupakan Budiey Sensasi Selebriti. Kesemua penulis blog ini adalah mereka yang tidak menyembunyikan identiti mereka dan sumber-sumber cerita mereka secara langsung daripada tempat kejadian. Sekarang ni pon Konah masih sukakan blog-blog di atas.

Pada tahun ini Konah diperkenalkan oleh saudara Konah dengan satu blog hiburan yang orang kata sungguh mengujakan. Cerita-ceritanya panas dan kadang kala buat sakit hati je baca. Walaupun kadang-kala bahan cerita blog ini diambil dari pelbagai sumber, penulis blog bijak mempersembahkan sesuatu cerita dengan cara yang membuat orang teruja dengan apa yang dipaparkan. Yang hendak Konah ceritakan adalah tentang blog OHBULAN. hihi. Salah satu blog hiburan yang sungguh popular buat masa ini. Konah selalu tertanya-tanya siapakah di sebalik OHBULAN. Cerita-cerita di blog ini kadang kala boleh kalahkan rancangan MELODI. Kalau tengok gambar-gambar kontroversi yang hangat di OHBULAN, erm mana la dia dapatkan? Kadang kala Konah geram lagi tak puas hati ye dengan cerita yang disiarkan. Kadang kala layan juga membacanya. (^_^)

Hari ni sedang Konah ber'jalan-jalan' di laman alam maya, Konah terjumpa yang seperti di dalam gambar ni. Konah pon berfikir, adakah ini orang di sebalik OHBULAN?

OHBULAN?

Maniskan senyuman saudara yang dalam gambar di atas ni. Konah dapat gambar ni dalam laman sesawang la jugak. Mari lihat laman itu.

klik untuk besarkan

Mengikut data yang ada dalam laman sesawang ini, wajah di atas bernama mohdismail, umurnya 24 tahun berjantinakan Lelaki dan negaranya Malaysia. Dan  yang penting alamat blog dia adalah www.ohbulan.com . Wah! Konah rasa sungguh teruja. Mari Konah buat 'ala-ala' sesi soal-soal dengan mohdismail.

Soalan-soalan dari Konah:
1. Encik mohdismail, dari manakah anda mendapat idea untuk membuat blog hiburan yang hangat ini?

2. Apakah kaedah yang anda terapkan supaya ramai yang akan teruja dengan cerita-cerita anda?

3. Dalam kes-kes gambar yang kontroversi, bagaimanakah anda dapat semua gambar yang disiarkan di blog anda?

4. Adakah anda mempunyai penyiasat peribadi yang bertugas menjejaki ke mana saja artis Malaysia pergi? (hihihi)

5. Rasa-rasanya berapakah pendapatan anda sebulan setelah OHBULAN menjadi bualan hangat seisi alam dunia hiburan?

Hihihi cukup-cukuplah soalan berangan Konah buat encik mohdismail. Macam seronokkan kalau betul dia ni Encik OHBULAN! Haruslah lepas ni Konah nak minta autograf pada dia. Hihihi. Ye la, OHBULAN kan glamour! Erm itu kalau la betul dia yang di sebalik OHBULAN. Kalau salah macam mana? Cuba tengok gambar di bawah.

klik untuk besarkan

Agak-agak siapa pula Ms. Shelly Ng tu? Hihi Apa-apa lah!








P/s: Kaykay Suke Bawah ni. :D


3 comments:

mr.syazwan said...

FUUUYOOOOOOOOOOOOO

kemain suke baca gosip2 erk???

hehehe

Harney said...

oh bulan...
engan melayan diriku lagi...pabila...airmata membasahi pipi...dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku...pabila kau bersama yg lain....

lalalala

Che Kay said...

mr.syazwan:

harus la! kalau tak baca kang tak update la pulak cerita terbaru. hihi

Harney:

amvoi! sempat menyanyi-nyanyi la ko. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...