April 7, 2009

Penang Tourism!

Hari ini Cik Kay nak berkongsi sedikit maklumat tentang tempat yang Cik Kay tinggal buat masa ni. Penang bukan satu tempat yang asing bagi keluarga Cik Kay. Bapak memulakan tugasnya sebagai penjawat awam bermula di tanah ini. Kemudian merantau ke daerah di selatan untuk 15 tahun sebelum kembali ke sini untuk 3 tahun sebelum berpindah ke negeri di bawah bayu. Awal tahun 2000, ditakdirkan kami kembali semula di tanah bertuah ni sehingga la bapak pencen.

Cerita yang Cik Kay nak kongsikan bukan berkisarkan tentang keluarga, sebaliknya ini adalah kisah Cik Kay dan tanah yang bertuankan Encik Lim (buat masa sekarang).  Sebelum itu, mari kita lihat apa yang 'Pulau Mutiara' ini sediakan untuk pelancongan. Berdasarkan laman web 'Penang Tourism', disenaraikan 10 tempat yang harus dilawat oleh pelancong (susunan tidak mengikut turutan). Mari kita lihat.

Tokong Thee Kong Tua 

Tropical Spice Garden

Taman Negara (Muka Head)

Bukit Bendera

Taman Rama-rama

Reclining Buddha 

Tokong Ular

Tokong Kek Lok Si

Bangunan-bangunan Warisan Unesco

Muzium Permainan

Selain daripada yang di atas, Pulau Pinang juga mempunyai tempat menarik seperti ini:

Penang Museum and Art Gallery, 
Lebuh Farquhar


Penang Islamic Museum, Lebuh Armenian

Little India

Clock Tower, Pesiaran King Edward

Fort Cornwallis, Padang Kota Lama

Kepada pelancong yang suka membeli-belah dan menikmati suasana malam,ada beberapa tempat yang boleh dikunjungi seperti:

Plaza Gurney
Batu Ferringhi

Flea Market: Lorong Kulit and Rope Walk

Nightlife at Chulia Street

Gurney Drive (di sini)

Apa yang dipaparkan di atas adalah sebahagian tarikan pelancong yang ada di Pulau Pinang. Sungguh mengujakan bagi pelancong yang belum pernah menjejakkan kaki di sini. Nampaknya Cik Kay belum ceritakan kisah Cik Kay dan Pulau Pinang. Sebenarnya, kisah yang hendak Cik Kay sampaikan adalah CIK KAY TIDAK PERNAH menjejakkan kaki ke semua tempat di atas. hihihi. Ya, Cik Kay masih belum melawat tempat menarik di sini. Jadi apa yang Cik Kay buat sepanjang berada di sini? Inilah jawapannya:


HOME SWEET HOME!

5 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

nnti senang2 i pi sane, kite jln2 nak? :P

suya said...

kk!rugi gile!
aku suke penang!!!
tp penah g skali jeeee huhu

Che Kay said...

adie: boleh saja!

suya: rugi ke? erm tak rugi la sebab bende depan mata. lagi pon bila sampai waktunya aku pegi la melawat. cuma sekarang keadaan yang tak mengizinkan lagi. :D

Muslimah Perth said...

ahaha.. lawak2.. mcm best je bunyik.. i gi penang xpenah gi tmpt sume tuh. gi shopping centre je ;p

Che Kay said...

ye! memang lawak. bukan jauh pon semua tempat menarik itu. tapi entah mengapa tak pernah sampai. kawan2 suke gelak bila diriku ini kata yang plaza gurney pon tak pernah pegi. yang paleng jauh pegi pon prangin mall. huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...