April 24, 2009

Di Sebalik....Kay Faizal

Erm sebenarnyakan, aku kadang kala nak tergelak bila baca komen orang atau orang balas komen aku kat blog menggunakan nama Kay Faizal. Sebagai contoh dear kay faizal, atau pon kepada kay faizal. Hehe bila membacanya rasa macam ape je. Ala-ala aku ni gila nak pakai nama glamour. Okaylah mari sini aku nak cerita yang kenapa aku gunakan nama ini.

Kawan-kawan semua sedia maklum, maksud aku kebanyakkan kawan-kawan tahu nama aku Faizal. Nama 'rasmi' ni dah lama orang guna nak panggil aku. Biasalahkan bila berkawan-kawan, ada pulak kawan kita bagi nama glamour. Seingat aku banyak nama glamour yang aku dapat. Yang paling lama dah bertahan setakat ni ialah Kay. Itu pon dah dipendekkan dari yang sebenarnya. Alasan utama aku gabungkan nama 'glamour' ni dengan nama betul aku adalah untuk orang senang kenal aku. Selain itu, aku pon nak jugak orang tahu nama betul aku. Asyik panggil nama pendek je sampai orang lupa nama betul. Huhuhu sedihkan bila orang tak tahu nama kita. :) hahaha merepek je pagi-pagi ni. Sebenarnya aku nak komen pasal yang terjemahan nama yang diberi oleh MukaBuku hari tu. Mari kita lihat. :)


Kissable ke kaedahnya? Maaf ye, Never Been Kissed Ok! Masih suci lagi. hahahaha.

Aggressive la jugak. Tambah-tambah bab-bab melaser-laser orang. Sesuai la tu sesiapa yang kena laser dengan aku. :P

Ha? Pelayar kapal layar? Maaf dek non,  saya tak reti berenang. Lagipon ombak jahat! haha

Erm yang ni dah rasa macam 'ayam' la pulak. Apa yang 'fresh' pon tak tahu. Umur pon dah banyak. Erm....

Ya, saya sungguh 'athletic'! (kawan-kawan sila cemburukan ku dengan ke'athletic'kan aku. haha)

Erm yang ni aku rasa macam betul. Imaginasi aku agak tinggi! (Nor! ni semua ko punya pasal. Kan dah kitorang sering berimaginasi haha)

Yang ini bila aku baca rasa macam rancangan kat AXN 701 je. haha. Maaf, saya tak hisap dadah. 

Artistik? Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik ke? Saya tak layak masuk fakulti ni. Huhu

Erm.....yang last ni No Comment. 

P/S: Dialog hari ini....

Along: Pak lang, musang ada janggut ka?
Paklang: erm ada ka?
Along: Tu dalam tv ni tulis.
Paklang: Tulis apa?
Along: Musang Berjanggut
Paklang: Cerita P.Ramlee la. Tajuk cerita dia.
Along: Ok. Along nak tengok.
(5 minit kemudian....)
Along: Betul ke Paklang ada musang berjanggut?
Paklang: (mau gelak sudah) Cerita ni pasal ada orang tu perangai macam musang. Orang tu pulak ada janggut. Sebab tu cerita ni tajuk Musang Berjanggut. 
Along: Oooo 

(hahaha redha je la ye Along... :) )


3 comments:

suya said...

musang bermisai...huhuhu

Shuhada Samri said...

keh keh...
cuba ko cari tuk nama CHOMBY plak..
agak2 mesti best2 kan maksud nya...
huhuhu...

Che Kay said...

suya: kucing ko yang bermisai!

chomby: sila cari sendiri kat MukaBuku! :P hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...